Anggun

Thursday, July 27, 2006

Kalaulah

Sekarang ni topik hangat semasa ialah bab serangan jantung mengejut. Maklum satu Malaysia dengar dengan sedih kisah Hani Mohsin.

Nak dijadikan cerita, cik abang aku baru balik dari check-up dengan pakar jantung juga semalam di Subang Jaya...tapi bukan berkenaan jantung sumbat atau stroke la..Nauzubillah..

Kata doktor jantung tu " Sekarang ni klinik saya makin banyak dapat appointment"

Cik Abang " Ye ke doktor, kenapa ye"

Doktor " Kes Hani Mohsin tu lah. Ramai yang dah sedar pentingnya nak kena buat check-up..tambah tambah yang dah dekat 40 dan ke atas tu"

Cik Abang " Ye lah ..la ni kita makan pun tak jaga sangat doktor! Exercise pun kurang"

Doktor " Sebenarnya kat LCCT tu tak ade klinik, tak macam di KLIA! Kes2 pengsan mengejut ni statistically 25% could be saved kalau kita ade portable CPR machine. Kat negara2 barat jadi kemestian kerajaan menyediakan CPR machine sebegitu malah di pusat2 membeli belah..tapi kita ironiknya di lapangan terbang yang begitu ramai orang pun bukan portable CPR machine, klinik pun tak ade..makin tipislah peluang nak menyelamatkan 25% nyawa ni."

Hem..aku fikir..kalaulah kerajaan sanggup menghalakan duit RM490 juta dari buat Kompleks Sukan kat England tu ke program2 sebegini..alangkah baiknya..KALAULAH!!!

Wednesday, July 26, 2006

Bila bila masa

Semalam aku dikejutkan dengan berita Hani Mohsin meninggal dunia di LCCT. Aku betul2 terkejut. Innalillah.

Aku jadi sedih bila menonton Buletin Utama TV3, gambar anak tunggalnya menangis, menangisi kehilangan ayahanda tercinta.

Entah kenapa..hati aku tersayat..melihat anak sekecil itu..dah merasa erti kehilangan dan mengerti erti kematian.

Tambahan kini makin selalu dengar cerita kawan2 di serang sakit jantung dsbnya..buat aku semakin berfikir..

Bila-bila masa aje ajal boleh tiba..

Sedia kah aku? Kalau di hitung2, entah ada entah tidak pahala yang boleh dibawa ke muka pengadilan di hari pembalasan. Semooga Allah menerima semua amalan2 aku hendaknya...dan semoga iman ku tidak seperti roda, sekejap di atas, sekejap di bawah...

Bulan Rejab pun dah tiba hari ni..bulan Allah..

Semoga kita sama-sama dapat menambah amal ibadah kita di bulan mulia ini, InsyaAllah.

Friday, July 21, 2006

Pensil Warna

Anak sulung aku baru baru ini memujuk aku membelikan pensil warna baru untuknya. "Kakak nak yang 36 batang tu mama, yang Luna" katanya waktu kami sekeluarga ke TESCO untuk jalan2 sambil mencari barang dapur.

"Kakak, kan mama baru belikan tak sampai 3 bulan lepas kan?. Mana pergi semua pensil warna kakak tu?"tanyaku.

"Ehm..ada...tapi dah campur2 dah.." kata Kakak.

"Kenapa pulak?"

"Ada yang dah hilang la ma"

"Ehhm..camana ma nak belikan kakak yang baru..yang lama pun kakak tak boleh nak jaga. Remember what I told you..be responsible right?..Thought you promised me that you would take good care of it kan?"

Angguk..

Aku ni bila dia angguk dan akur..hati berdetik jugak. Selalu macam ni. Aku kesian pulak rasa. Nak beli..aku rasa perlu nak ajar dia..

"Tell you what..let me have a look at all your colours okay. Let me see if they are still okay or not?"

"Thank you mama"
..wajah dia dah ceria balik.

Sampai rumah terus aje dia tarik tangan aku.

"Kenapa ni?"

"Kan ma nak tengok colour kita kan?"

"Oh ya..lupa pulak?"

Aku tengok..kotaknya dah tah kemana..dia kumpul semua dalam satu bekas pencil box..Betul dah bercampur2 macam2 brand ada, yang Luna, Swan, Stabilo dan tah ape ape brand lagi yang ade. Tapi yang pasti semua warna cukup..

Aku kata..ehm...just need to sharpen it all back..and it will all be good.

Jadi, aku asahkan satu2 sampai semua dah tajam balik.

"Kakak..dah okey dah ni, boleh guna dah colour kakak"

"Ahh..ala.."

"Napa?"

"Kita nak colour yang baru tu"

"Kak...colour tu semua ma tengok elok lagi..tak elok kita membazir kan. Ma belikan baru nanti next year masuk darjah 3 okay?. Ma nak make sure kakak betul boleh jaga barang dulu"

"Okay lah ma.."
(sedih)



Esok di pejabat kakak telefon aku dari rumah.

"Ma..I tell you what..You said you want me to be responsible kan? How about you buy me a doll or something and see whether I can be responsible to take care of it or not? Then you can buy me the colour".

Aku tergelak..Hai anak..macam-macam!!