Anggun

Thursday, February 09, 2006

Terpaksa

Hidup ini memang pelik..kenapa aku cakap begini?

Sebabnya..aku bukanlah orang yang penuh dengan idea2 dan pengalaman menarik untuk dikongsi bersama dengan orang lain. Tambah bakat menulis memang tidak ada dalam diriku.

Tapi jauh di hati memang selalu irihati melihat rakan2 yang penuh dengan idea dalam meneliti blog2 yang ada.

Kisah bermula dari seorang sahabat yang mula menjeling2 blog2 yang ada.

Dia memulakan blognya
Dia penuh dengan ceriter
Ada suka tiada duka
Teladan dan nasihat tidak ditinggalnye

Satu hari...

Dia: Aku dah cipta satu blog untuk kamu.

Aku: Hah?

Dia: Siap ngan gambar kucing Persi comel lagi.

Aku: Amboi..effisyennya.

Dia: Aku bubuh nama untuk blog kamu ye. Nanti kamu update lah. Ha..ni sign in name kamu dan password sekali..

Aku: ??

Aku pun membuka blog itu...

Nah...inilah dia...dan inilah komen pertama aku.
Puisi Usman Awang itu sumbangan pertama sahabatku, bukan aku.

Pelik...aku terpaksa mula nak menulislah lepas ni..

5 Comments:

  • At 9:37 AM, Anonymous Anonymous said…

    Anggun, maf, Cik Anggun, kalau begitu tolong tempahkan satu blog untuk saya. Pilih nama yang best-best ya! Dulu saya terbaca profile Cik Anggun berbeza dari yang sekarang. Metamorphosis ke?

     
  • At 10:28 AM, Blogger Anggun said…

    kecik@arjunna : Selamat datang,
    Peka sungguh tuan..bukan metamorphosis, cuma baru tersedar dari mimpi.

    usha : Salam perkenalan juge.

    A..ah..boleh juge. Tapi usha kena bayar fi sikitlah..maklum usha 'big shot'.

     
  • At 12:20 PM, Blogger Yeop-Harley said…

    Cik Anggun, ini nama macam pelakon PGL. Mestilah cun pun macam PGL.

    Masa teman berpreh-preh moto terjumpa rumah Cik Anggun. Ni singgah untuk melepaskan penat dan berteduh dari panas yang terik merik.

    Mana ayor?

     
  • At 4:04 PM, Blogger Anggun said…

    Yeop Harley: Terimakasih atas kesudian tuan singgah. Ayor tak de, tapi kampung teman byk air buah nyior,tuan minum ke?

    Mana tau orang motor besar ni teman tgk rajin kumpul depan Hard Rock Cafe. Takut rasa terhina lak minum air buah nyior.

    Tapi..teman tabik Tuan, solat tak tinggal, walau motor besaq.

     
  • At 4:49 PM, Blogger NATO said…

    kak anggun... dek kerana terpaksalah juga maka saya rasa nasib saya sama juga dgn kak anggun... tapi alhamdulillah saya telah berjaya buat julung2 kalinye mengepost artikel dlm blog saya.. check it out... komenla cikit tak pun banyak...rasanye boleh tahan lagi kot..apa2 sindiran rela ku tempuh demi menegakkan benang yg basah..ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!

     

Post a Comment

<< Home