Anggun

Thursday, October 06, 2016

Syukur


Nota untuk hati.

Belajar bersyukur.
Walau perit ujian yang datang.
Walau kalah dengan sindiran
Walau kecewa dengan pandangan

Buat hati yang redha

Ganjaran Allah tentu menanti
Ganjaran Syurga idaman hati
Semoga Allah memberi kekuatan hati.

(Insaf atas rungutan yang didengari dari mereka yang kedengarannya sukar nak bersyukur. Jadikan kami ya Allah dari kalangan mereka yang sedikit yakni mereka yang sentiasa bersyukur, aaminn).

Friday, May 22, 2015

Kisah TV

Semalam TV di rumahku tiba-tiba gelap. Entah ape sebab aku pun tak tahu. Paginya anak kedua ku Zaty, 6 tahun, menonton elok aja..Seusai ku mandikan untuk ke tadika, bila dibuka semula suara sahaja yang tinggal..gambarnya tiada.

"Mama..mama.."teriak Zaty dari depan, tika aku sedang di dapur.

" Ya sayang!"

"Kenapa Zaty tengok TV ni sound aje ade.."

"La..ye ke?, tadi ok tak?"

"Tadi Zaty tengok picture dia ada, sekarang dah tak ada dah.."

"Hmm buat dah", dalam hati aku berkata.

Aku cuba2 memang tak boleh.."Sorry dik, ma pun tak tahu kenapa, agaknya dah rosak kot"

"Tak pe..nanti petang baba balik, Zaty tell baba to fix it"..kata nya. Ok pulak dia tak marah TV rosak.

Seharian lepas tadika, Zaty main2 sambil belajar jawi, baca buku, main guli dengan ku..Terhibur aku melayan kerenahnya.

Petang, sampai saja babanya, jerit-jerit Zaty.."Baba! Baba! Zaty ada surprise kat baba"

"Hah..ye ker? Bestnya baba..adik ada hadiah untuk baba" kata hubby..walau aku tahu dia penat baru sampai rumah, dilayannya juga anaknya yang dah excited memanggilnya..

"Traa..tengok ni baba." kata Zaty sambil menekan punat TV tadi..

"Tengok!! INVISIBLE!!! ( suara TV saja yang kedengaran, tanpa gambar ). Aku ketawa..

"Baba..nanti baba fix TV ni yea..suara aje ada"

"Hmm...ok lah, nanti baba tengok"

"Ala..baba kan Mr. Fix It. You always fix everything. Zaty tengok semua benda baba boleh fix. Pleaseee..baba. Zaty nak watch channel 63.." Zaty merayu.




Zaty
Keletahmu mencuit hati
Tawa riangmu tidak berhenti
Pandai mengusik hati nurani
Membuat kasih terus bersemi

Posted after 8 years of writing this. She is how 14 :)

Tuesday, April 03, 2007

Aman

Semalam...aman, tenang
Hari ini..lebih mendamaikan
Fikiran lapang, hati bahagia
Bagaikan bunga-bunga yang harum berkembang

Rakan taulan..sentiasa di hati
Sekali sekala sms silih berganti
Sekadar menyambung sillaturrahim
Moga hubungan kekal abadi

Aku pasrah pada ketentuan
Aku himpunkan segala kekuatan
Masa yang senggang tidak dibazirkan
Mungkin ini kehendak Tuhan

Lama tidak bertafakur berfikir
Diri ini makin terpinggir
Mohon rahmat dari Ilahi
Agar aku diterima kembali

Langkah panjangku kadang terkhilaf
Pada azam yang telah ku engkar
Sementara masa masih tersisa
Akan ku cuba menghampiri Dia..

'Rabbi Yassir wala Tu'Assir Ya Kareem..
'Rabbi Atmim Bil Khair'..aminn

Monday, January 08, 2007

HARI INI (seusainya perpisahan kami)

Hari ini..
Terlukis sejuta kesedihan
Pada hati-hati yang terpaksa meninggalkan
Teratak indah pencarian rezeki
Medan perjuangan sesuap nasi

Hari ini..
Ada pilu di dalam hambar
Ada pedih di dalam perpisahan
Tatkala hati sedang tenang
Gelora datang tiada terhalang

Hari ini..
Tuhan menguji kita
Adakah kita telah bersedia
Adakah kita telah redha
Mampukah kita berlapang dada

Hari ini..
Kita menyimpul sebuah persahabatan
Kita eratkan sillaturrahim
Pada hati-hati yang kita tinggalkan
Kita mohon redha dan pamit
Pada ketelanjuran yang telah kita lakukan
Kita hulurkan sepuluh jari
Dendam dan kesumat kita hindari
Semoga Allah memberkati..

Amin..amin..Ya Rabbal 'Alamin


Nukilan- Anggun; 29 Disember 2006 (1.26 petang)

Thursday, July 27, 2006

Kalaulah

Sekarang ni topik hangat semasa ialah bab serangan jantung mengejut. Maklum satu Malaysia dengar dengan sedih kisah Hani Mohsin.

Nak dijadikan cerita, cik abang aku baru balik dari check-up dengan pakar jantung juga semalam di Subang Jaya...tapi bukan berkenaan jantung sumbat atau stroke la..Nauzubillah..

Kata doktor jantung tu " Sekarang ni klinik saya makin banyak dapat appointment"

Cik Abang " Ye ke doktor, kenapa ye"

Doktor " Kes Hani Mohsin tu lah. Ramai yang dah sedar pentingnya nak kena buat check-up..tambah tambah yang dah dekat 40 dan ke atas tu"

Cik Abang " Ye lah ..la ni kita makan pun tak jaga sangat doktor! Exercise pun kurang"

Doktor " Sebenarnya kat LCCT tu tak ade klinik, tak macam di KLIA! Kes2 pengsan mengejut ni statistically 25% could be saved kalau kita ade portable CPR machine. Kat negara2 barat jadi kemestian kerajaan menyediakan CPR machine sebegitu malah di pusat2 membeli belah..tapi kita ironiknya di lapangan terbang yang begitu ramai orang pun bukan portable CPR machine, klinik pun tak ade..makin tipislah peluang nak menyelamatkan 25% nyawa ni."

Hem..aku fikir..kalaulah kerajaan sanggup menghalakan duit RM490 juta dari buat Kompleks Sukan kat England tu ke program2 sebegini..alangkah baiknya..KALAULAH!!!

Wednesday, July 26, 2006

Bila bila masa

Semalam aku dikejutkan dengan berita Hani Mohsin meninggal dunia di LCCT. Aku betul2 terkejut. Innalillah.

Aku jadi sedih bila menonton Buletin Utama TV3, gambar anak tunggalnya menangis, menangisi kehilangan ayahanda tercinta.

Entah kenapa..hati aku tersayat..melihat anak sekecil itu..dah merasa erti kehilangan dan mengerti erti kematian.

Tambahan kini makin selalu dengar cerita kawan2 di serang sakit jantung dsbnya..buat aku semakin berfikir..

Bila-bila masa aje ajal boleh tiba..

Sedia kah aku? Kalau di hitung2, entah ada entah tidak pahala yang boleh dibawa ke muka pengadilan di hari pembalasan. Semooga Allah menerima semua amalan2 aku hendaknya...dan semoga iman ku tidak seperti roda, sekejap di atas, sekejap di bawah...

Bulan Rejab pun dah tiba hari ni..bulan Allah..

Semoga kita sama-sama dapat menambah amal ibadah kita di bulan mulia ini, InsyaAllah.

Friday, July 21, 2006

Pensil Warna

Anak sulung aku baru baru ini memujuk aku membelikan pensil warna baru untuknya. "Kakak nak yang 36 batang tu mama, yang Luna" katanya waktu kami sekeluarga ke TESCO untuk jalan2 sambil mencari barang dapur.

"Kakak, kan mama baru belikan tak sampai 3 bulan lepas kan?. Mana pergi semua pensil warna kakak tu?"tanyaku.

"Ehm..ada...tapi dah campur2 dah.." kata Kakak.

"Kenapa pulak?"

"Ada yang dah hilang la ma"

"Ehhm..camana ma nak belikan kakak yang baru..yang lama pun kakak tak boleh nak jaga. Remember what I told you..be responsible right?..Thought you promised me that you would take good care of it kan?"

Angguk..

Aku ni bila dia angguk dan akur..hati berdetik jugak. Selalu macam ni. Aku kesian pulak rasa. Nak beli..aku rasa perlu nak ajar dia..

"Tell you what..let me have a look at all your colours okay. Let me see if they are still okay or not?"

"Thank you mama"
..wajah dia dah ceria balik.

Sampai rumah terus aje dia tarik tangan aku.

"Kenapa ni?"

"Kan ma nak tengok colour kita kan?"

"Oh ya..lupa pulak?"

Aku tengok..kotaknya dah tah kemana..dia kumpul semua dalam satu bekas pencil box..Betul dah bercampur2 macam2 brand ada, yang Luna, Swan, Stabilo dan tah ape ape brand lagi yang ade. Tapi yang pasti semua warna cukup..

Aku kata..ehm...just need to sharpen it all back..and it will all be good.

Jadi, aku asahkan satu2 sampai semua dah tajam balik.

"Kakak..dah okey dah ni, boleh guna dah colour kakak"

"Ahh..ala.."

"Napa?"

"Kita nak colour yang baru tu"

"Kak...colour tu semua ma tengok elok lagi..tak elok kita membazir kan. Ma belikan baru nanti next year masuk darjah 3 okay?. Ma nak make sure kakak betul boleh jaga barang dulu"

"Okay lah ma.."
(sedih)



Esok di pejabat kakak telefon aku dari rumah.

"Ma..I tell you what..You said you want me to be responsible kan? How about you buy me a doll or something and see whether I can be responsible to take care of it or not? Then you can buy me the colour".

Aku tergelak..Hai anak..macam-macam!!