Anggun

Thursday, July 27, 2006

Kalaulah

Sekarang ni topik hangat semasa ialah bab serangan jantung mengejut. Maklum satu Malaysia dengar dengan sedih kisah Hani Mohsin.

Nak dijadikan cerita, cik abang aku baru balik dari check-up dengan pakar jantung juga semalam di Subang Jaya...tapi bukan berkenaan jantung sumbat atau stroke la..Nauzubillah..

Kata doktor jantung tu " Sekarang ni klinik saya makin banyak dapat appointment"

Cik Abang " Ye ke doktor, kenapa ye"

Doktor " Kes Hani Mohsin tu lah. Ramai yang dah sedar pentingnya nak kena buat check-up..tambah tambah yang dah dekat 40 dan ke atas tu"

Cik Abang " Ye lah ..la ni kita makan pun tak jaga sangat doktor! Exercise pun kurang"

Doktor " Sebenarnya kat LCCT tu tak ade klinik, tak macam di KLIA! Kes2 pengsan mengejut ni statistically 25% could be saved kalau kita ade portable CPR machine. Kat negara2 barat jadi kemestian kerajaan menyediakan CPR machine sebegitu malah di pusat2 membeli belah..tapi kita ironiknya di lapangan terbang yang begitu ramai orang pun bukan portable CPR machine, klinik pun tak ade..makin tipislah peluang nak menyelamatkan 25% nyawa ni."

Hem..aku fikir..kalaulah kerajaan sanggup menghalakan duit RM490 juta dari buat Kompleks Sukan kat England tu ke program2 sebegini..alangkah baiknya..KALAULAH!!!

5 Comments:

  • At 3:32 PM, Blogger Ordinary Superhero said…

    Salam.

    Memang dah ada ramai orang komplen pasal LCCT tuh. Buat macam nak rush sebab nak beat LCCT Singapore. Memang Malaysia punya siap and launched dulu dari jiran kita tu, tapi...quality tak yah cite lah.

     
  • At 4:28 PM, Blogger Anggun said…

    Betul tu OS..we really need a change in paradigm ek!

    Tkasih datang singgah..:)

     
  • At 9:54 PM, Blogger Ku Keng said…

    Saya pun datang, membalas lawatan Anggun yang berkali-kali. Abang apa kabar ek?

     
  • At 8:45 PM, Blogger Ku Keng said…

    Selamat Beribadat siyam dan qiyam dalam bulan Ramadhan al Mubarak ini. Semoga kualiti ibadat kali ini meningkat dari yang lampau-lampau.

     
  • At 8:38 PM, Blogger Yeop-Harley said…

    Kak,

    Bila nak update?

     

Post a Comment

<< Home