Anggun

Friday, July 21, 2006

Pensil Warna

Anak sulung aku baru baru ini memujuk aku membelikan pensil warna baru untuknya. "Kakak nak yang 36 batang tu mama, yang Luna" katanya waktu kami sekeluarga ke TESCO untuk jalan2 sambil mencari barang dapur.

"Kakak, kan mama baru belikan tak sampai 3 bulan lepas kan?. Mana pergi semua pensil warna kakak tu?"tanyaku.

"Ehm..ada...tapi dah campur2 dah.." kata Kakak.

"Kenapa pulak?"

"Ada yang dah hilang la ma"

"Ehhm..camana ma nak belikan kakak yang baru..yang lama pun kakak tak boleh nak jaga. Remember what I told you..be responsible right?..Thought you promised me that you would take good care of it kan?"

Angguk..

Aku ni bila dia angguk dan akur..hati berdetik jugak. Selalu macam ni. Aku kesian pulak rasa. Nak beli..aku rasa perlu nak ajar dia..

"Tell you what..let me have a look at all your colours okay. Let me see if they are still okay or not?"

"Thank you mama"
..wajah dia dah ceria balik.

Sampai rumah terus aje dia tarik tangan aku.

"Kenapa ni?"

"Kan ma nak tengok colour kita kan?"

"Oh ya..lupa pulak?"

Aku tengok..kotaknya dah tah kemana..dia kumpul semua dalam satu bekas pencil box..Betul dah bercampur2 macam2 brand ada, yang Luna, Swan, Stabilo dan tah ape ape brand lagi yang ade. Tapi yang pasti semua warna cukup..

Aku kata..ehm...just need to sharpen it all back..and it will all be good.

Jadi, aku asahkan satu2 sampai semua dah tajam balik.

"Kakak..dah okey dah ni, boleh guna dah colour kakak"

"Ahh..ala.."

"Napa?"

"Kita nak colour yang baru tu"

"Kak...colour tu semua ma tengok elok lagi..tak elok kita membazir kan. Ma belikan baru nanti next year masuk darjah 3 okay?. Ma nak make sure kakak betul boleh jaga barang dulu"

"Okay lah ma.."
(sedih)



Esok di pejabat kakak telefon aku dari rumah.

"Ma..I tell you what..You said you want me to be responsible kan? How about you buy me a doll or something and see whether I can be responsible to take care of it or not? Then you can buy me the colour".

Aku tergelak..Hai anak..macam-macam!!

3 Comments:

  • At 5:30 PM, Anonymous Anonymous said…

    Puan Anggun

    Saya dah baca blog Puan.

    Bijak! Bijak!

     
  • At 10:12 AM, Blogger Anggun said…

    calabazablog: terimakasih. salam perkenalan. jenguk2 lah lagi

    wafa: syukran jazilan kerana datang bertandang. Cik Wafa (eh.cik ke?) bila nak buat blog pulak? Buleh kita ziarah.

     
  • At 3:42 PM, Blogger Anggun said…

    Usha: Waa'laikumussalam. Budah sekarang Usha..jangan salah sangka..kita ingat dia kecil dia tak faham..silap haribulan kena batang hidung sendiri..Pernah kena..ha..ha.. Ibubapa yang lebih nak kena ingat sekarang..bak kata pepatah need to walk the talk :)

     

Post a Comment

<< Home